Rabu, 13 Juli 2011

Sujudku tentang cinta

Sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar,
Namun jika cinta ku datangi aku jadi malu pada keteranganku sendiri..
Meskipun lidah ku telah mampu menguraikan,
Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskanya..
Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta..
Dalam menguraikan Cinta akal terbaring tak berdaya..
Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
Cinta sendirilah yang akan menerangkan cinta dan percintaan
Sesungguhnya telah kau terangkan Cintamu itu ke hatiku..
Bagaikan Nur yg sentiasa bersinar indah....
Tidak pernah letih menerangkan kegelapan juga menghangatkan jiwa..
Kerana itulah hatiku menuliskan
Sujudku tentang Cinta..
Kerana adanya Cintalah kukuatkan diri untuk bertemu Ilahi Rabbul IZzati
Bersamamu.....
InsyaAllah...